100 years centenary pandu puteri malaysia pandu puteri girl guide malaysia
 



Panduan untuk ahli Pandu Puteri.

PERANCANGAN PERKHEMAHAN



SEBELUM PERKHEMAHAN:
1. Perancangan – pemilihan tempat, tarikh, penyediaan kertas kerja.
• Pilih tema yang sesuai dengan kepanduan – berikan fokus kepadanya ;
• Tujuan – fun camp atau test camp.
• Sesuaikan aktiviti mengikut pilihan tempat dan kawasan sekelilingnya juga.
2. Pelantikan AJK Perkhemahan untuk memilih pegawai / staf kem untuk mentadbir; surat pelantikan rasmi.
3. Urusan surat menyurat – kebenaran , pelepasan, perkhidmatan yang diperlukan, jemputan untuk perasmian dan penutup; Hari Terbuka.
4. Tempahan tempat untuk perkhemahan.
5. Mengisi borang-borang yang perlu – dapatkan tandatangan pihak-pihak tertentu ; borang perlu dihantarkan kepada Ibu Pejabat selewat-lewatnya satu bulan sebelum tarikh jangkaan.
6. Merangka jadual perkhemahan untuk memenuhi keperluan pemimpin yang akan mengambil ujian-ujian tertentu, perkara-perkara yang perlu dielakkan, seimbangkan aktiviti lasak dengan aktiviti ringan, dsb. Perlu buat perancangan untuk cuaca buruk supaya perkhemahan tidak tergendala. Peralatan yang diperlukan mesti dibawa bersama.
7. Urusan pengangkutan.
8. Anggaran perbelanjaan , sumber kewangan.
9. Senarai dan carta tugas – Kem Komanden ; peraturan perkhemahan, senarai keperluan peribadi pekhemah diedarkan. (Elok jika S/U dapat sediakan booklet perkhemahan)
10. Tugas Quarter master - senarai peralatan yang lengkap – pastikan sumber untuk memperolehnya.
11. Juru Masak – sediakan menu dan bahan-bahan kering dan basah ; dapatkan pembekal.
12. Juru Pertolongan Cemas – senarai keperluan peralatan dan ubatan PC
13. Latihan sebelum perkhemahan – istiadat, ikatan dan simpulan, membuat gejet, mendirikan khemah, cara mengemas haversack dan lain-lain.
14. Pastikan semua staf dan pekhemah diinsuranskan.


SEMASA PERKHEMAHAN:
1. Mendirikan khemah-khemah – staf, JM, JPC, pekhemah.
2. Mendirikan tempat masak.
3. Membuat gejet-gejet besar dan kecil.
4. Mendirikan skrin dan tandas contoh.
5. Menjaga kebersihan.
6. Menjaga keselamatan kem – giliran rondaan.
7. Menjaga kesihatan pekhemah – seimbangkan aktiviti mencabar dan aktiviti riadah, senaman pagi, aspek keseronokan – permainan, hiburan (unggun api, persembahan kebudayaan).
8. Istiadat perkhemahan – menaikkan panji-panji, rutin pemeriksaan tapak kem, menurunkan bendera.
9. Mesyuarat Majlis Pasukan (COH) diadakan setiap hari. Dicatat.
10. Upacara perasmian – siapa VIP ?
11. Pada akhir perkhemahan – menurunkan khemah dan gejet, kemas-mengemas, pemeriksaan tapak perkhemahan (lebih baik daripada sediakala). Upacara penutupan – siapa perasmi ?


SELEPAS PERKHEMAHAN:
1. Penilaian.
2. Surat rakaman terima kasih.
3. Penyata kira-kira.
4. Laporan perkhemahan – dokumentasi.

                                                                                                            button_next
 
 
Service by KPC Host.